Masjid Al-Hussain

Selamat Datang ke blog Masjid Al-Hussain Seberang Pumpong.

Masjid Al-Hussain

Selamat Datang.

Masjid Al-Hussain

Selamat Datang.

Program Sambutan Maulidur Rasul pada 24/1/2013

 

               Program pada sambutan Maulidur Rasul... Pada 24 Januari 2013 ini marilah kita beramai-ramai memeriahkan Program Sambutan Maulidur Rasul Anjuran Masjid Al-hussain Seberang Pumpong...

Jam : 8.00pagi
Tarikh: 24 Januari 2013
Tempat Berhimpun  : Surau Tat Nasi Ayam

QIYAMULLAIL


Qiyamullail bakal di adakan pada Hari jumaat malam sabtu bersempena dengan Kem Smart Solat  - REMAJA BERIMAN -

Tempat : MASJID AL-HUSSAIN, SEBERANG PUMPONG...
TARIKH : 21-22/12/2012 (hari jumaat malam sabtu)


PENGERTIAN: 
   Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
SEJARAH QIAMULLAIL

   Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10)
   Namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi sunad muakkad bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W.        (Lihat surah al-Muzammil 20)
HIKMAH QIYAMULLAIL

·  Meningkatkan keimanan individu
·  Meninggikan darjat disisi Allah
·  Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
·  Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
·  Melatih diri menjadi insan bertakwa
·  Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
·  Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
·  Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
·  Melatih diri mengharap keredhaan Allah
·  Memberi ketenangan jiwa (emosi)
·  Memberi kesihatan (fizikal)
·  Menajamkan akal fikiran
·  Meneguhkan kekuatan rohani
·  Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.
·  Melatih diri bersikap khauf(takut) dan  roja’(berharap) kepada Allah .
·  Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah
KELEBIHAN QIAMULLAIL

·  Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
·  Tenang hati dan fikirannya
·  Dimurahkan rezeki
·  Dihormati masyarakat
·  Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
·  Jika dia pemimpin ,dia akan disegani
·  Dan banyak lagi  (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)

WAKTU-WAKTU QIYAMULLAIL

   Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
   Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.
            “Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya.Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari”
                 H.R. Jamaah selain At-Tarmizi

AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA QIYAMULLAIL

·  Solat sunat tahajjud
“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.”
Al-Isra’ 79
“Sebaik-baik solat selain drp solat fardhu ialah solat malam”
H.R. Muslim
·  Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak, dan solat sunat yang lain.
·  Solat witir
·  Berzikir, bertasbih dan bertahmid
·  Membaca al-Quran
·  Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah



Aktiviti Cuti Sekolah

KEM SMART SOLAT 
-REMAJA BERIMAN-




Tempat : MASJID AL-HUSSAIN, SEBERANG PUMPONG.
Tarikh : 21 - 22 Disember 2012 ( Jumaat - Sabtu)
Pendaftaran : 21 Disember 2012 / 3:00 petang hari Jumaat
Peserta : Berumur 7 - 17 tahun (Lelaki & Perempuan)
Bayaran Pendaftaran : RM10.00



  Program ini Dianjurkan merupakan satu usaha untuk melatih dan mendidik remaja dalam melakukan amalan solat, rukun dan fardhunya, sah dan batalnya, tertibnya, wajib dan sunatnya serta mempelajari jenis-jenis solat (wajib dan sunat) dan sebagaimana pentingnya solat itu dalam kehidupan Manusia....

   Jangan lepaskan peluang ini.. Daftarkan anak-anak anda dengan kadar segera.. Anda berkemungkinan tidak berpeluang untuk mengajar anak-anak anda di rumah dengan sendiri... Ini merupakan peluang Keemasan bagi anak-anak anda untuk mempertinkatkan ilmu dan untuk  memperbaiki cara solat anak-anak anda dengan lebih baik....

        Semua Peserta Dikehendaki Bermalam Di Masjid. Pihak Urusetia akan menguruskan tempat penginapan di masjid. Sila Bawa bantal & selimut.     Jangan lupa bawa juga Pen dan buku Nota Untuk mencatat..

    Pihak Urusetia Biro Pendidikan & Dakwah akan Berusaha sebaik mungkin bagi mengawasi keselamatan peserta..

     Pihak urusetia masjid akan menyediakan makanan pada petang, malam, pagi dan tengahari secara percuma...

     Sila bawa pakaian sesua untuk solat.. Bawa juga pakaian yg sesuai untuk senaman pagi...




Ini merupakan contoh borang pendaftaran untuk Kem Smart Solat...



    Anda boleh mendapatkan borang ini di Masjid Al-Hussain Seberang Pumpong dan anda juga boleh mendapatkan borang ini secara Online iaitu dengan mendownloadnya di sini <<Klik SINI>> atau disini http://www.mediafire.com/?b2x9gt7i7ui32qq

Serahkan borang penyertaan bersama wang pendaftaran bersama wang pendaftaran kepada: Setiausaha Biro Pendidikan Dan Dakwah : En Khalid Bin HJ. Ideris di masjid pada waktu solat atau di rumah : no 67, TMN TUNKU TABOR, Mergong, Alor Setar.
Sebarang Pertanyaan Hubungi : Nizam   013-4901098
                                                      Akhyar 019-4281343

Forum Maal Hijrah...

Assalamualaikum..

Majlis Forum Maal Hijrah Telah diadakan pada 1 maal hijrah...



AJK Masjid Menyambut kedatangan Ahli Panel yang telah di jemput untuk memberi ceramah 



 Barisan Panel Yang memberi ceramah pada hari tersebut....






Ahli Jawatan Kuasa Masjid Al-Hussain Mengambil gambar bersama-sama Ahli panel

Ceramah yg di sampaikan amat memberi pengajaran dan ilmu pengetahuan yg baru bagi sesiapa sahaja mendengarnya... Dengan adanya forum ini Kami berharap agar ia memberi banyak manfaat kepada semua umat islam..

Peyampian Hadiah Pertandingan Azan

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada peserta yg menyertai pertandingan dan Taniah kami ucapkan kepada pemenang...




Peserta Bawah 18



Peserta Bawah 15
#wakil


Peserta Bawah 12